PETUA


Untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, kami menyediakan beberapa petua untuk anda... 


1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.

2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.

3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.

4) Bagi mengukur bahan cairan seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.

5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.

6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.

7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.

9) Jangan pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung atau bahan-bahan akhir sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.

10) Gunakan bekas yang sesuai untuk jenis kek yang berbeza untuk memudahkan anda mengeluarkan kek selepas masak. Seperti kek keju, brownie, slices.

11) Jangan sapu icing atau topping ketika kek masih panas.

TEPUNG DAN SERBUK PENAIK
Jika ketiadaan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri), tambahlah 2 camca teh serbuk penaik untuk setiap 225g tepung biasa. Ayak beberapa kali sebelum digunakan.

COKLAT MASAKAN
Jika ketiadaan coklat masakan, anda boleh gantikan ia dengan serbuk koko. Bagi setiap 175g coklat masakan, campurkan enam camca besar serbuk koko yang sudah diayak bersama-sama tujuh camca besar gula dan 60g lemak sayuran.Untuk mencairkan coklat didalam ketuhar gelombang mikro, letakkan 30g coklat hiris didalam mangkuk. Panaskan pada suhu 100C selama 1-2 minit atau sehingga berkilat. Keluarkan mangkuk dari ketuhar dan kacau sehingga tidak berketul.

TEPUNG JAGUNG
Biasanya kita menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut rangup. Tetapi anda juga boleh menambahkan tepung jagung kedalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai.