COKLAT TRUFFLE




BAHAN-BAHAN

Sebiji Kek butter / Kek Coklat  yang telah siap (boleh beli yang ready made di kedai atau buat sendiri sahaja)
1 bekas saiz kecil Lepa Coklat / Peanut butter (saya guna Nutella)
 Coklat masakan (kalau mahu lebih sedap, guna coklat jenis Couverture)
Shortening
Urai coklat / Serbuk koko untuk hiasan
Cawan kertas (paper liner) bersaiz sederhana



CARA-CARA MEMBUAT

Di dalam satu mangkuk/bekas, ramas dengan tangan kek hingga hancur kesemuanya.
Masukkan nutella/peanut butter sedikit demi sedikit  pada kek yang telah hancur tadi dan gaulkannya hingga sebati. 


Setiap kali anda masukkan nutella, cuba gentel sebatian tersebut. Berhenti masukkan nutella jika sebatian tersebut sudah mencapai satu tahap apabila digentel ia menjadi bulat yang kemas, padat dan kek tidak lagi terurai jatuh.



Ambil sebatian tersebut dengan sukatan 1 sudu makan, bulat-bulatkan ia dan masukkan ke dalam bekas yang lain sehingga habis (saya guna loyang aluminium). Masukkan ia ke dalam peti ais bahagian freezer selama 8 jam atau semalaman (kalau kurang daripada masa tersebut takut tak berapa beku dan susah nak handle masa celup coklat nanti).



Coklat masakan dicincang kecil-kecil terlebih dahulu dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas. Panaskan air dalam sebuah periuk dan cairkan coklat dengan kaedah double-boiler. Semasa cairkan coklat itu, masukkan shortening dalam 1 - 2 sudu makan, tak perlu banyak sekadar untuk cepatkan kadar pencairannya sahaja.




Setelah coklat cair, keluarkan bebola kek daripada freezer dan celupkan satu demi satu bebola itu ke dalam coklat. 



Masukkan ia ke dalam paper liner dan sebelum coklat beku tabur urai coklat atau ayakkan sedikit serbuk koko ke atasnya.




Biarkan ia beku pada suhu bilik atau jika mahu cepat beku, masukkan sahaja ke dalam refrigerator. Sedia untuk dihidangkan.