PUDING KARAMEL KASTARD


BAHAN-BAHAN

1 cawan besar susu segar/susu cair (lebih kurang 200 ml)
1 sudu besar gula halus
2 biji telor
secubit garam
1 sudu teh esen vanila

Bahan untuk karamel :
5 sudu besar gula pasir kasar
2 sudu besar air

Bahan sampingan :

Alat mengukus
Aluminium foil/plastic wrap
cawan kaca comel
good morning towel



CARA-CARA MEMBUAT




Masak Bahan untuk karamel dulu.



Kelihatan hangus sedikit tapi tidak mengapa.



Bila dah siap masak, masuk dalam cawan kaca.



Lepas itu pukul 2 biji telur.



Masukkan susu segar atau susu cair ikut selera masing-masing.



Masukkan sesudu besar gula.



Masukkan secubit garam dan esen vanila.



Tuang adunan dalam cup yang ada karemel tadi perlahan-lahan.



Letak cup di kuali mengukus yang dah siap dengan air panas, bawahnya letak towel putih supaya tidak terbalik.



Cover cawan dengan aluminium foil atau plastik wrap.



Tutup la kuali tadi. Kukus selama 30-40 minit bergantung pada besarnya api. Kukus 15 minit je, sebab air dah mendidih awal lagi. Kalau air belum mendidih, 30 minit la kukus.



Selepas 15 minit, puding telah pun siap.



Telangkupkan di pinggan dan sedia dihidang.