OREO CHEESE CAKE



BAHAN-BAHAN


30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus 
1/4 cawan butter - cairkan. (cairkan guna mikrowave selama 10 saat)



BAHAN FILLING

16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese 
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus





CARA-CARA MEMBUAT

Base :- 



Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. 



Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Seelok-eloknya gunakan loyang spring foam bagi memudahkan proses mengeluarkan kek. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.



Filling:-


Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.




Masukkan sour cream dan pukul sebati.



Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.




Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.



Hias dengan kepingan biskut oreo di atasnya. 
Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar-benar masak.





Tutup permukaan cheesecake dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning. Letak pada rak bawah sekali dalam oven.





Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.



setiap kali nak potong cheese cake, sila celup pisau ke dalam air panas dahulu, lapkan dan potong kek.