CHOCOLATE MOUSSE


BAHAN-BAHAN

Gula Pasir Halus 40 gram
1 sudu besar Gelatin
140 gram coklat masakan
200 ml whipping cream
2 biji putih telur ayam
100 ml air panas



CARA-CARA MEMBUAT



Cairkan satu sudu besar gelatin dgn mencampurkan dlm air panas td.. kacau hingga larut..



Patahkan/potong kecil2 coklat masakan tadi, masukkan dalam bekas yang sesuai.

Pastikan bekas yg kita gunakan tidak terkena sedikit air pun. Pastikan semuanya dalam keadaan kering.


Masak dengan menggunakan kaedah double boiler.




Masak sampai cair ke semua coklat tersebut.



Campurkan bancuhan gelatin tadi ke dalam coklat cair tersebut. Kacau rata sampai sebati semuanya.



Campuran gelatin dengan coklat yang sudah sebati. Biarkan seketika.



Pukul putih telur dengan menggunakan mixer sampai kental.



Pukul hingga kental dan apabila terbalikkan adunan tersebut tak tumpah.



Masukkan gula pasir halus sikit demi sedikit. Pukul lagi sampai semuanya sebati. Pukul guna kelajuan tinggi.



Begini hasilnya selepas di pukul.



Whipping cream di masukkan dalam mangkuk berlainan. Putar menggunakan mixer. Putar selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.



Hasil whipping cream yg dah di pukul.



Ambik adunan coklat tadi. Masukkan ke dalam adunan putih telur. Masukkan sikit demi sedikit. Kali ni dah tak perlu guna mesin. Hanya guna spatula/senduk. Sila guna kaedah kaup balik adunan itu.



Campurkan pula adunan whipping cream tadi ke dalam adunan coklat dan putih telur.



Apabila sebati barulah masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Coklat mousse ini sesuai di masukkan dalam bekas kecil.

Apabila siap masuk dalam bekas, sila sejukkan di dalam peti ais untuk dikeraskan sebelum dihias.


Mula-mula cairkan dulu coklat masakan guna kaedah double boiler. Tuang atas plastik.


Hiaskan coklat mousse dengan kepingan coklat yang telah keras dan buat strawberi.