PERALATAN



Pengadun Elektrik (Mixer)



Anda boleh menggunakan pengadun elektrik jenis tangan atau pengadun besar dan lain-lain. Jika menggunakan pengadun kecil, masa memukulnya adalah lebih lama.



Alat Pemarut



Digunakan untuk memarut oren, kulit limau, lobak dan lain-lain supaya halus. Terdapat beberapa jenis mata parutan yang boleh digunakan. Jika mahu bahan kelihatan halus, gunakan mata parutan yang kecil, begitu juga mata parutan yang besar untuk hasil yang lebih besar.


Tin Pembakar (Loose Tin)


unakan tin pembakar dari aluminium kerana ia menyebarkan haba dengan lebih sempurna. Sebahagian resepi kek keju menggunakan tin jenis boleh ditanggal (loose tin) agar ia mudah dikeluarkan terutama kek keju jenis dingin. Bagi kek yang menggunakan teknik 'steam bake' anda boleh gunakan tin pembakar jenis ini tetapi bahagian bawah tin hendaklah dilapik dengan kertas aluminium (aluminium foil) supaya air tidak meresap ke dalam kek.



Kayu Penggelek (Rolling Pin)



Digunakan untuk mencanai doh supaya menjadi nipis dan adunan rata. Apabila diletakkan di dalam acuan pai atau tat ia kelihatan cantik dan rata.



Penimbang Digital



Alat penimbang memainkan peranan penting untuk mendapatkan nisbah bahan kepada satu resepi yang betul. Alat penimbang digital (menggunakan bateri) adalah menepati kadar timbangan berbanding alat penimbang biasa. Tetapi alat ini sensitif kepada gegaran dan angin kipas.



Tin Pembakar Biasa



Tin pembakar biasanya mempunyai saiz yang tertentu. Ianya boleh digunakan untuk membakar kek span dan tidak sesuai untuk digunakan untuk membuat kek yang mempunyai lapisan biskut dibawah.



Spring Form




Terdapat juga bekas pembakar yang mempunyai sisi boleh dibuka. Ianya memudahkan untuk mengeluarkan kek yang berjenis dingin beku.



Sudu Sukatan




Gunakan sudu sukatan yang dikhaskan untuk mentukat bahan-bahan berdasarkan kehendak resepi. Jangan guna sudu dapur kerana nilai sukatannya tidak menepati sudu sukatan. Selalunya sudu digunakan untuk menyukat cecair dalam nisbah yang sedikit, misalnya esen perisa dan pewarna.



Alat Pemukul Telur




Digunakan untuk memukul telur agar kembang dengan menggunakan tangan. Alat ini juga digunakan untuk menggaul bahan-bahan cecair agar sebati.



Nozel



Digunakan untuk menghias krim yang telah diputar untuk membentuk bunga ros, daun dan sebagainya sebagai hiasan di atas kek atau cupcake.


Lain-Lain





Lain-lain peralatan ialah seperti mangkuk pengadun, pemukul telur, penimbang, penyukat air, pengayak tepung, cawan dan sudu penyukat, pengaut, senduk kayu, dan lain-lain. Anda boleh mendapatkan peralatan ini di kedai bahan kek dan pasarraya.



Peralatan-peralatan lain boleh didapati di laman Facebook 
Tools To Bake.